senior ohh senior

assalamualaikum
harini lya nak cerita pasal throwback!
ni cerita masa lya form 1 sampai form 3 dulu
masa tu lya still lagi budak berbaju kurung biru sekola harian
kalau dulu dekat sekola
bila lya nak jalan pegi bilik sejarah, kantin or everywhere
lya mesti kene make sure dulu yang jalan tu "bersih" hahah

nak tau tak sebab apa?
sebab kalau terjumpa senior lya, teruk lya kena
haha tapi bukan kena buli or whatever..
macam sorang senior lya ni..
memang teruk lahh kalau lya terserempak dengan dia
cerita dia macam ni.............

qammar fathiah.. tu nama senior lya, dia perempuan
setiap kali lya bertugas jaga pagar or bertembung dengan dia
first thing dia akan buat, dia akan panggil lya
then dia akan cubit pipi lya selama yang bole
ohmaii memang merah la pipi lepas tu..
sebab tu lya tak senang bila jumpa dia! sakit woi kena cubit pipi
hahah kalau nampak dia, mesti cari jalan lain
walaupun tahu niat dia nak bergurau je.. hahaha

lepas tu ada lagi sorang senior lya, nama dia firdaus
ini lagi bahana kalau terserempak.. hahah
lya paling anti dengan dia.. haha nak tau tak kenapa?
setiap kali lya terserempak dengan dia
dia akan tarik lya then rapatkan lya dengan tiang
lepas tu dia akan ukur lya dekat tiang tu.. haha
tiang sekola ada 3 warna tau..
bawah sekali biru, second merah, atas kuning.. haaa
selalunya lya sampai kat biru tu je..
so memang kena gelak + bahan habis lahh dengan dia aduhh

haha setakat ni lya ingat dua tu jelah
tak terfikir or teringat pasal senior yang lain
sebab selama ni lya kena teruk dengan diorang berdua ni
hahah tapi diorang ni lah senior paling rapat dengan lya
lya dah anggap diorang macam abang dengan kakak sendiri
tapi lepas pindah SBP, memang lost contact terus dengan diorang
sedih pulak rasa! haihhh :'(

okaylah sampai sini dulu
mengantuk pulak rasa huarghhhh
genite everyone! salam lebaran semua.. muahhhh :*
wassalam