le mermaid, jija


assalamualaikum..
harini lya nak buat benda lain dari yang lain..
atas permintaan duyung's lover, lya buat satu story about it
have fun my gediksss semua :*

okay one day ada seorang budak boy, named ajim
dia ni pernah kecewa dengan first love dia
first love dia kantoi in love dengan seekor siamang hutan..
disebabkan kekecewaan yang buat dia rasa nak terjun kerusi
dia pun mengambil keputusan untuk ikut kapal belayar

maka dia pun get ready dengan siapkan semua barang keperluan
then kapten kapal pun memulakan journey mereka
dalam tidak sedar, sebenarnya ajim menyelinap masuk ke dalam kapal secara senyap
walaupun sudah beberapa jam berlalu, dia still lagi gelisah + kecewa
baring tak kena, meniarap pun sama.. lastly, dia mencangkung! baru selesa katanya
sambil tu, dia cuba fikir benda apa yang dia nak buat untuk hilangkan kesedihan dia
tiba tiba blinggggg~
sebiji lampu gasolin timbul dari atas kepala dengan bau minyak tanah
ajim berhasrat untuk duduk di atas sauh kapal..

sesampainya di kepulauan galapagos, ajim terkejut!
sauh kapal telah diturunkan.. oleh kerana ajim cemas
maka ajim tenggelam sekali sauh tu
tak sampai berapa minit, ada seekor bintang separuh manusia datang menghampiri ajim
rupa rupanya dia adalah seekor duyung! wuahhhh :O
ajim dalam keadaan separa sedar itu telah melihat duyung seperti samar samar
ajim juga melihat duyung itu seperti heliza helmi
hal ini kerana mata ajim dah termasuk banyak air garam
setelah duyung itu merawat ajim, ajim pun bertanya tentang duyung itu

duyung itu berkata bahawa namanya ialah jija
ajim tersenyum dah gedebuk! dia telah jatuh hati kepada duyung tersebut
ajim mula dibayangi mimpi indah bersama jija.. hidup bersamanya
dikurniakan ekor dan dapat bernafas dalam air.. macam macam la dibayangnya
kemudian ajim merasakan dia sudah bersedia untuk melamar jija si duyung itu
dia merasakan bahawa mata dia sudah sembuh, maka dia dapat melihat kecantikan jija
ajim pun memanggil jija ke daratan 

" jija uuuu jija ukukukukk.. sila naik ke darat sekarang uuuu ukukukukk "

bunyinya seperti ungka tersepit celahan batu
kemudian jija pun datang tidak jauh dari situ.. ajim mula kelihatan malu
dia merapati jija sambil menyepak buah kelapa kering..
apabila ajim ingin melamar jija, dia mengeluarkan anak kerang
katanya anak kerang ni benda pertama dia pijak lepas jumpa jija
so ini kira benda berharga la bagi ajim yang sedang dilamun cinta gituu
tanpa buang masa, ajim pun melamar jija untuk berkahwin dengan dia

hampir hampir ajim menyelitkan anak kerang tu di telinga jija
rambut jija sedikit terselak kerana ditiup angin..
sekali ajim terkejut beruk mengalahkan orang utan disuntik bius
rupa rupanya jija yang selama ni menjadi buah hati jantung pisang ajim ialahhhh

DUYUNG PONDAN 
DUYUNG PONDAN
DUYUNG PONDAN

huahahaha 
okay sampai situ je kisah le mermaid, jija
hope ajim berpuas hati dengan jija kerana dia penah cakap
hanya jija si duyung je yang setia dengan dia..
so selamat penganting baru ajim & jija
semoga kekal hingga ke anak ikan nanti.. hahaha
okay fuhhh finish! wassalam :D

No comments:

Post a Comment